Pages

Saturday, January 8, 2011

Rentetan Hawa Kepada Adam......

~Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di
syurga dahulu.

~Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang
rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan
syaitan.

~Adam...
Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari
kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian
Allah dalam urusanNya. Jika
bilangan kaummu
mengatasai kaumku nescaya
merahlah dunia kerana darah
manusia, kacau-bilaulah
suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari
peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam
beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada
satu waktu.



~Adam...
Bukan kerana ramainya
isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan
kerana sedikitnya
bilanganmu yang
merunsingkan aku. Tapi...aku
risau, gundah dan gulana
menyaksikan tingkahmu. Aku
sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk
ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula
untukku meyatakan isi
perkara.

~Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-
Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap
kaum wanita. Kau diberi
amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi
aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi pada
kaumku kini, aku dan
kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang
telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya
Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumahseluruh
tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung
rambut. Tapi.. realitinya kini,
Hawa telah lebih dari
sepatutnya.

~Adam...
Mengapa kau biarkan aku
begini? Aku jadi ibu, aku jadi
guru, itu sudah tentu
katamu. Aku ibu dan guru
kepada anak-anakmu. Tapi
sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka
menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul
senjata. Padahal, kau duduk
saja. Ada diantara kau yang
menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja aku panjat
tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing
peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak
lagi seperti dulu? Apakah
sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?

~Adam...
Marahkah kau jika
kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya!
Ramai orang berkata jika
anak jahat emak-bapak tak
pandai didik, jika murid
bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar! Adam kau
selalu berkata, Hawa
memang degil, tak mahu
dengar kata, tak mudah
makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini

~Adam...
Seharusnya kau tanya
dirimu, apakah didikanmu
terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW
terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa
sama seperti psikologi
Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak
Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum
Hawa?



~Adam...
Kau sebenarnya imam dan
aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai,
lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu. Akalmu
sembilan, nafsumu satu.
Aku... akalku satu nafsuku
beribu! Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana
aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku tergelincir
ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya. Bimbinglah
daku untuk menyelami
kalimah Allah,
perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi
hidupku. Tiuplah ruh jihad ke
dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah kekasih
Allah. . ,


> bersediakah wahai kaum adam atas bebanan yang dipikul?? <

Thursday, January 6, 2011

Menuju Ke Sana...

Diri ini bukanlah siapa dan ade apa-apa..Cuma insan kecil yg sentiasa melakukan kesilapan dan memohon keampunan kpd penciptaNya.Insan yangg dahulu pernah leka dn lalai dengan nikmat yang diberikan,akhirnya Allah memberi ujian.Allah cmpakkan ujian kerna dia tahu tahap setiap HAMBANYA(walaupun ujian setiap hambanya berlainan dan itulah tahap iman yang Allah ingin uji)..Jika dikenang sangat pahit kenangan itu,hinggakan diri ini tidak mampu lagi berdiri menongkah arus kehidupan.Pelampung iman yg dilempar oleh insan-insan kurnian Allah kepada diri ini menjadi benteng..(syukran kpd guru-guru, ustaz-ustaz dan sahabat)..



SIRAH..
Menyelak kembali sirah Rasulullah, disitulah hikmah,kekuatan tatkala diri dirundung kealpaan atau kekecewaan.

Apalah sangat dengan ujian yang dilanda,hanya sekelumit sahaja,tetapi ujian yang diterima oleh Rasulullah dan para sahabat cukup hebat,hingga menitis airmata mengenang hebatnya ujian yg diterima.

Perjalanan Rasulullah menuju ke Taif punya misi yang suci,tpi sampainya baginda di sana,bkn sambutan hebat diterima,tiada majlis keramaian menyapa,apatalah lagi karpet merah dihampar untuknya,tp yg diterima hanyalah kata-kata nista dn balingan batu yg menyakitkan.Darah yg mengalir tdk mmbuatkn hati baginda merasa benci,tetapi doa yg dipanjat kpd sang pencipta.Hinggakan turun malaikat Jibril utk mmberi pembalasan kpd kaum yg menyakitkan kekasih Allah itu,namun kata-kata Rasulullah dgn sifatnya yg cukup penyayang menyebabkan terselamatnya penduduk Taif tersebut.

“Aku tetap menaruh harapan kpd Allah s.w.t bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam,pasti akan lahir org yg akan menyembah Allah s.w.t dn beribadat kepadaNya dikalangan anak-anak mereka.”




Allahurobbi..

Jelas,diri ini rasa malu,menerima ujian yg sgt sedikit sudah tidak betah,apatah lagi mahu menjadi lbh drp itu..

Moga penghijrahan diri ini mampu mengejar redha Ilahi.Tiada yg kudamba melainkan diberi keampunan atas segala dosa,terlindung dari segala macam perkara buruk serta diri ini sentiasa diuji dan diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Untuk menjadi kekasih Allah,bukanlah nikmat kesenangan yg sentiasa diberikan,tapi sentiasa diuji dengan pelbagai mehnah dn tribulasi(ujian dn cabaran) yang menggugat kenikmatan duniawi dlm diri. Bermujahadah dengan nafsu yang menggila dalam jiwa kita, kawallah ia dgn pahlawan/srikandi iman yang kuat dan gagah perkasa.


"ketika Allah suka kepada hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika rela, Dia memilihnya,"




Salam Muharam dn hijrah daripada MUJAHID DIN buat sahabat-sahabat...:)

Thursday, December 9, 2010

Masih Bercuti...

Mohon kemaafan buat pengunjung ke blog ini... Diri ini masih belum berkesempatan untuk menulis apa-apa dalam masa terdekat ini.. Dalam proses mengurus masa yang perlu ketelitian.. Doakan saya..

Thursday, August 19, 2010

Modul Pendidikan Daripada Allah

Apabila manusia memikirkan untuk mengadakan sesuatu modul bagi sesuatu kursus, mereka terpaksa berbengkel dan berhempas-pulas memerah otak bagi mengeluarkan idea-idea bernas bagi mendapat modul terbaik bagi sesuatu kursus. Samada ia bersifat akademik, kemahiran, latihan dan apa sahaja. Begitu juga, modul yang telah lengkap tadi dibuat menurut objektif yang hendak dicapai, atau ada outputnya.

Dalam Ramadhan sebenarnya Allah telah menyediakan kepada kita satu set modul latihan lengkap bagi mendapat output yang diharapkan iaitu TAQWA.


Bagaimana modul latihan Ramadhan ini disediakan kepada kita bagi mencapai objektifnya?

Secara ringkas, boleh disebut beberapa perkara:

Puasa adalah rahsia hamba dengan Tuhannya. Kata Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam Mukhtasar Minjahul Qasidin, puasa adalah ibadat yang sukar dimasuki ria’, tidak seperti ibadat lain. Justru, puasa menjadi ibadat latihan untuk mengikhlaskan diri kepada Allah dalam semua aktiviti kehidupan, termasuk berjuang menegakkan agama Allah ini supaya tidak dimasuki ria’ danmatlamat-matlamat duniawi yang singkat dan memudaratkan perjuangan.

Puasa diwajibkan pada siang Ramadhan. Dengan berpuasa, nafsu dikekang. Nafsu makan, minum, syahwat kelamin asalnya halal tetapi untuk sementara waktu di siang hari Ramadhan, ia perlu diKIV. Masuk sahaja waktu berbuka, ia menjadi halal. Apa bezanya isteri, makan dan minum yang halal antara sebelum Maghrib dan selepas Maghrib? Namun, kita diajar supaya mengekang dari yang halal sementara waktu supaya kita dapat melatih mengekang diri kita dari yang haram sepanjang waktu. Suasana kondusif untuk Syaitan juga disempitkan. Bumi nafsu tidak menyediakan tempat sesuai untuk syaitan datang bertandang. Kekangan seperti ini cukup penting terutama bagi mereka yang diuji dengan habuan dunia yang terbentang di hadapannya.

Solat Terawih mengajar kita bahawa sebenarnya potensi diri masih belum digunapakai secara maksimum dan optimum. Tenaga dan masa masih banyak sebenarnya terbuang dan dibuang untuk perkara tidak berfaedah. Samada 8 atau 20 rakaat, solat Terawih mendidik kita untuk mendekatkan diri dan mencari bekalan melalui hubungan kita dengan Pencipta.

Sedekah dan zakat fitrah mengasuh kita memahami erti susah dan derita si faqir dan miskin. Sifat ananiah / individualistik / aku sahaja dikikis. Berfikir tentang ummah, bukan tentang diri sendiri yang lemah.

Bacaan Quran di bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada petunjuk yang diturunkan dalam bulan Ramadhan ini. Petunjuk yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat terutama di zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian terhadap iman ini. Bukan bacaan yang hanya menjadi halwa telinga, atau suara yang keluar dari kerongkong, tetapi bacaan yang mendetikkan dalam hati zauq berdamping dengan Kalamullah yang Maha Suci.

Iktikaf dan qiamullail di bulan Ramadhan mendidik kita supaya menyediakan sedikit masa khusus untuk bersama Allah. Meninggalkan sekejap keributan dan kekalutan dalam aktiviti seharian, lantas mengambil sedikit masa merenung diri dan bermuhasabah, sambil berbisik-bisik dengan Tuhan, mengadu tentang diri yang masih jauh dengan Khaliqnya.

Kalaulah semua set modul ini dapat kita lakukan dengan terbaik, berkualiti, dibuat secara sedar dan menghayatinya, tidak mustahil maksud dari puasa dan Ramadhan itu tercapai iaitu TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin bagi menjalani kehidupannya di atas muka bumi Allah ini, sambil menanggung amanah memakmurkan bumi dengan agama Allah.

Thursday, July 8, 2010

Rutin Harian


Tanpa disedari Bulan Rejab hampir penghujungnye..Hanset kedengaran tanda mesej masuk di awal pagi yg kebiasaanya manusia di alam bekerja menyiapkan diri untuk melaksanakan rutin hariannya. Ustaz bertanya aku beberapa soalan dan mengajak aku pergi ke satu program ilmu selama 3 hari 2 malam.. Niat di hatiku mengatakan ya, tetapi memandangkan tarikh progm tu clash dengan hari pndftaran kemasukn aku di salah sebuah IPT Malaysia dengan pantas jariku memetik butang hset memberitahu menolak ajakkannya.. Allah tidak mengizinkan aku menghadiri prgm tersebut..(tersurat dn tersirat..:).. Sambil bermain dengan anak sedara aku yg baru umurnya 2bulan lebih, hajat aku untuk menghadiri kelas memandu pada awal pagi tertangguh seketika..huhu..


Usai membantu emak aku "menjaga" cucunya yang baru saja melelapkan matanya, aku memecut laju ke pusat latihan memandu(belum diiktiraf sbg mat rempit..hehe) dan alhamdulillah cikgu yang sepatutnya mengajar aku kelihatan sedang menunggu anak muridnya..hihi.. terus aku pergi ke kaunter pendafraran untuk mndaptkan nombor dan "kak" yg berada di kaunter menyuruh aku menelefon cikguku untuk mengajar aku memandu kereta..(nasib baik tak perlu menunggu giliran..).. Selepas memandu kereta, terus aku pulang ke rumah dan menyambung rutin harianku iaitu melayari internet untuk mendapatkan ilmu(bergantung kepada kesibukkan aku berprogram)..

Mesej di hansetku kedengaran lagi daripada sahabat seperjuangan yang memberitahu kuliah Maghrib ISRAK MIKRAJ di surau kampung kelahiranku yang akan disampaikan oleh Ustaz mohd Khalil bin Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan terus aku "forward" mesej kepada sahabat-sahabat aku(mohon maaf, jika ade yang tidak dapat mesej daripada aku ye..).. Dengan "tergopoh-gapah", aku menyiapkan diri untuk Solat Maghrib berjemaah serta menghadiri majlis ilmu dan Solat Isyak. Kuliah Israk Mikraj juga diselitkan berkaitan JIHAD di jalan Allah yang sangat banyak memberi "input" kepadaku. Semoga daku dan para khairah surau mendapt barakah daripada ilmu yg dicurahkan..amin..



Usai solat isyak berjemaah, bapa saudara aku mengajak pergi ke rumah dia(rumah tmpt aku dilahirkan).. Walaupun aku ada hal lain yang perlu diselesaikan, akhirnya pergi jua aku ke rumah bapa saudara.. Baru duduk di kusyen empuk yang menjadi kenangan buatku, aku minta izin untuk beredar kerana ada hal..Tetapi, bapa saudara menjemput aku utk makan malam walaupun aku menolak permintaannya, namun aku "mengalah" sekali lagi dan usai makan, terus aku pulang ke rumah.. Akhirnya, dapat jua aku untuk menyelasaikan masalah aku di rumah walaupun menghadapi beberapa kesulitan... setakat ini dulu, posting aku yang kedua..:) Wassalam

Monday, July 5, 2010

First Posting ....

Saya buka kalam ini Dengan nama ALLAH yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hasrat saya untuk menghasilkan satu blog yang masih banyak kekurangan dan sahabat-sahabat juga banyak memberi dorongan kepada saya.. Ada juga yang bertanya " bila enta nak buat blog ni?? lama dah tunggu.. lebih kurang begitulah soalan yang ditanya oleh sahabat serta senior." Sebenarnya blog ini sekian lama sudah wujud (hampir 1 tahun) tetapi kerana saya kurang berminat dalam karya penulisan blog terutama apabila nak "setting", "design", "layout" dan lain-lain membuat saya cepat bosan dan kurang sabar apabila menghadapi sedikit masalah berkaitan blog. Terima kasih diucapkan kepada sahabatku(AZRI..tolong promote nama je..) yang membantu dalam ilmu berkaitan blog.. Hampir 3 tahun aku terokai blog-blog sahabat dan saudara yang tidak dikenali untuk mendapat pelbagai maklumat terutamanya berkaitan agama(terasa kerdil) sehingga terfikir untuk berhenti dalam pengajian kejuruteraan dan mengambil dalam pengajian agama tetapi atas nasihat ustaz agar meneruskan pengajian kejuruteraan seterusnya barulah mengambil dalam bidang asas pengajian agama(arab).

Pada mulanya, aku ingin menulis sesuatu di blog(post) pada 29 Jun 2010 yang juga merupakan ulang tahun kelahiranku dan disebabkan kekangan masa tidak tercapai hasrat yang berkobar-kobar(masalah pengurusan masa... Astaghfirullahalazimm.. perlu diperbaiki segera). 29 Jun 2010 juga merupakan kertas terakhir peperiksaan aku dalam pengajian setakat ini di salah sebuah IPT Malaysia dan InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 29 Jun juga tarikh yang paling tidak dapat aku lupakan kerana kematian Atukku(tok kie) sebelah mak 8 tahun lepas(aku bersekolah di peringkat menengah) kira-kira jam 2.45 petang pada hari Sabtu. Pada pagi hari Allayarham Tok Kie ku menghembuskan nafas terakhir, sepatutnya aku ada pertandingan sukan Pantaque(pemain simpanan,kata kawanku..huhu) peringkat Daerah dan meminta ayahku untuk menghantar aku di sebuah masjid berhampiran rumah mak saudara(Tok Kie ketika itu berada di rumah mak saudara) dan menunggu kawan mengambil aku untuk terus ke tempat pertandingan Sukan Pentaque. Namun, aku hampa kerana kawanku tidak kelihatan kelibatnya(masa tu,aku belum menggunakan telefon bimbit untuk menelefonnya.. sambil hati ini merungut "puas doh tunggu, dok mari lagi si @##$".huhu ) dan juga masa pertandingan hampir tiba membuat aku resah serta semangat kian pudar untuk pergi ke tempat pertandingan. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menziarahi Tok Kie dengan berjalan kaki sambil melihat keindahan alam dan kira-kira 15 minit sampai aku ke destinasi yang dituju(rumah mak saudara..Cik Ngoh, menjadi nama samaran buat dirinya). Ketika baru menjejaki rumah Cik Ngoh dan semua saudara-mara termasuk mak aku terkejut melihat kelibat aku di muka pintu yang senyum-senyum lembu seolah-olah melihat bulan jatuh ke bumi..huhu..sambil bertanya; " aik??, kabo gi tanding..bakpe balik dah? " dan aku menjawab; " kawan dop ambik ambe..:) ". Seperti biasa, aku menjenguk Tok Kie dan menolong apabila di suruh saudara-mara serta mak.Di benak fikiranku masih ingat saat hembusan nafas terakhirnya Allayarham, senyum kali terakhir dan selepas itu suasana pilu diiringi bacaaan surah yasiin kedengaran.. Aku juga bersyukur kerana Allah mengizinkan aku melihat Allayarham Tok Kie ku menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan senyum dan mendapat peringatan daripada Allah tentang semua makhluk akan kembali menghadapnya.

Seterusnya Allah melimpahkan rahmat kepadaku dengan pelbagai ujian dan hidayah.. Aku mula berubah akhlak(sangat bersyukur..syukran Allah) ketika bertukar ke Sekolah Menengah Teknik kerana sebelum bertukar sekolah, aku merupakan remaja yang bersosial(aktif sukan olahraga hingga pernah menghadiri ujian kelayakan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil atau Sekolah Sukan Bandar Penawar).. Ujian demi ujian menimpa diriku ini sehingga sekarang masih teringat kejahilan agama buat diriku yang hina ini di sisiNYA.. Mehnah dan tribulasi menjadikan fikiran aku bertambah matang dan berdoa agar iman dalam diri bertambah mantap serta ingin mengutip ilmu agama di mana sahaja aku berada. Aku "selesa" berada di kalangan sahabat-sahabat yang berlatar belakang beragama dan kalangan Ustaz-ustaz walaupun terasa diri ini hina. Namun, demi ingin mengutip mutiara yang akan menjadi bekalan di akhirat kelak, aku gagahi jua serta ingin disampaikan pula kepada sahabat-sahabatku yang masih di kelilingi duniawi dan seterusnya moga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mengajak masyarakat mengetahui "Apa ertinya saya menganut ISLAM". Setakat ni sahaja first posting daku dalam blog..masih perlu diperbaiki dr pelbagai segi semua sudut.. diharapkan dengan penghasilan blog ini akan membawa kebaikan kepada semua umat islam dan bukan islam yang melayari blog ini.."ana budak belajar, kalau silap tegur ye.. ^_^ " wassalam