Pages

Saturday, January 8, 2011

Rentetan Hawa Kepada Adam......

~Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di
syurga dahulu.

~Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang
rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan
syaitan.

~Adam...
Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari
kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian
Allah dalam urusanNya. Jika
bilangan kaummu
mengatasai kaumku nescaya
merahlah dunia kerana darah
manusia, kacau-bilaulah
suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari
peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam
beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada
satu waktu.



~Adam...
Bukan kerana ramainya
isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan
kerana sedikitnya
bilanganmu yang
merunsingkan aku. Tapi...aku
risau, gundah dan gulana
menyaksikan tingkahmu. Aku
sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk
ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula
untukku meyatakan isi
perkara.

~Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-
Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap
kaum wanita. Kau diberi
amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi
aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi pada
kaumku kini, aku dan
kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang
telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya
Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumahseluruh
tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung
rambut. Tapi.. realitinya kini,
Hawa telah lebih dari
sepatutnya.

~Adam...
Mengapa kau biarkan aku
begini? Aku jadi ibu, aku jadi
guru, itu sudah tentu
katamu. Aku ibu dan guru
kepada anak-anakmu. Tapi
sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka
menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul
senjata. Padahal, kau duduk
saja. Ada diantara kau yang
menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja aku panjat
tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing
peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak
lagi seperti dulu? Apakah
sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?

~Adam...
Marahkah kau jika
kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya!
Ramai orang berkata jika
anak jahat emak-bapak tak
pandai didik, jika murid
bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar! Adam kau
selalu berkata, Hawa
memang degil, tak mahu
dengar kata, tak mudah
makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini

~Adam...
Seharusnya kau tanya
dirimu, apakah didikanmu
terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW
terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa
sama seperti psikologi
Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak
Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum
Hawa?



~Adam...
Kau sebenarnya imam dan
aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai,
lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu. Akalmu
sembilan, nafsumu satu.
Aku... akalku satu nafsuku
beribu! Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana
aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku tergelincir
ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya. Bimbinglah
daku untuk menyelami
kalimah Allah,
perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi
hidupku. Tiuplah ruh jihad ke
dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah kekasih
Allah. . ,


> bersediakah wahai kaum adam atas bebanan yang dipikul?? <

No comments:

Post a Comment